Masjid Wilayah Persekutuan adalah
merupakan masjid negeri bagi Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri yang di pengerusikan
oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Masjid Putra yang dinamakan sempena
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama Putrajaya. Kedudukannya
adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan dengan Tasik
Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas keindahan
tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi
oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di
permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara segar dari tasik
bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra dan
Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.
Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid
Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina
tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan
Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon)
sebagai bentuk perantaraan.