ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

Online website templates

Wednesday 25 April 2012

Masjid Wilayah




Masjid Wilayah Persekutuan adalah merupakan masjid negeri bagi Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri yang di pengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Masjid Putra



Masjid Putra yang dinamakan sempena Perdana  Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama Putrajaya. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas keindahan tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara segar dari tasik bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra dan Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.



Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon) sebagai bentuk perantaraan.



Info : MASJID PUTRA

Masjid Kristal





Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internetbagi membaca al-Quran elektronik.





Masjid Negeri Shah Alam





Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (MSSAAS)

Arahan pembinaan:Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan:Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri   Selangor pada 14 Febuari 1974)

Arahan kepada:Jurubena Bertiga

Tarikh diamanahkan:Awal tahun 1977

Perletakan batu asas:Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980

Tarikh pembinaan:1 Oktober 1983

Tarikh Sempurna:15 Ogos 1987

Tarikh digunakan:3 Disember 1987 (hari khamis)

Tarikh dirasmikan:11 Mac 1988

FAKTA MSSAAS

1.      Masjid terbesar di Asia Tenggara
2.      Kubah masjid yang terbesar di dunia
3.      Menara tertinggi di dunia
4.      Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
5.    Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan ‘Retvous Enamelled Steel Panel’. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
6.      Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
7.      Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.
8.      Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
9.      Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.




Masjid Negara

 






Carta organisasi Masjid Negara terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1) Pengurusan
2) Pengimarahan

Bahagian Pengurusan terdiri daripada 3 unit iaitu :
1) Unit Penerbitan dan Multimedia
2) Unit Khidmat Pengurusan
3) Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber

Bahagian Pengimarahan terdiri daripada 5 unit iaitu :
1) Unit Penyelarasan, Dakwah dan Ibadah
2) Unit Pembinaan Saksiah
3) Unit Perkhidmatan Sosial
4) Unit Protokol dan Kebajikan
5) Unit Pengajian Dewasa
6) Unit Pendidikan Dewasa dan Kanak-kanak