Masjid Wilayah Persekutuan adalah
merupakan masjid negeri bagi Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri yang di pengerusikan
oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Masjid Putra yang dinamakan sempena
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama Putrajaya. Kedudukannya
adalah bersebelahan dengan Dataran Putra dan berhadapan dengan Tasik
Putrajaya. Dari masjid ini boleh dapat dilihat dengan jelas keindahan
tasik dan kawasan sekitarnya. Sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi
oleh tasik Putrajaya. Ini menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung di
permukaan tasik. Selain dari itu ianya juga membolehkan udara segar dari tasik
bertiup masuk untuk menyejukkan kawasan masjid. Jambatan Putra dan
Kompleks Perdana Menteri juga boleh dilihat dengan jelas dari masjid ini.
Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid
Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina
tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segiempat (Dewan
Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan mempekenalkan segilapan (oktagon)
sebagai bentuk perantaraan.
Masjid ini
dibina daripadakacadankeluli, masjid pintar pertama diMalaysiadan mempunyai keluasan 2,146 meterpersegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah
pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan
liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan aksesinternetbagi membacaal-Quranelektronik.
Arahan pembinaan:Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah melalui Jabatan Kerja Raya
Tarikh arahan:Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam
di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor pada 14 Febuari 1974)
Arahan kepada:Jurubena Bertiga
Tarikh diamanahkan:Awal tahun 1977
Perletakan batu asas:Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah pada 8 Mac 1980
Tarikh pembinaan:1 Oktober 1983
Tarikh Sempurna:15 Ogos 1987
Tarikh digunakan:3 Disember 1987 (hari khamis)
Tarikh dirasmikan:11 Mac 1988
FAKTA MSSAAS
1.Masjid terbesar di Asia Tenggara
2.Kubah masjid yang terbesar di dunia
3.Menara tertinggi di dunia
4.Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
5.Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan
‘Retvous Enamelled Steel Panel’. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan
selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
6.Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
7.Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta
dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.
8.Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada
Masjid Negeri.
9.Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam
dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.